Saat waktu bersama awak , sayalah orang paling gembira sekali kerana mendapat cinta dan kasih sayang daripada awak...
Saya inginkan awak bahagia bersama saya bukan kerana harta , juga bukan kesempatan tapi kerana cinta saya terhadap awak
Mungkin saya merimaskan awak selalu tetapi saya harap awak sentiasa selamat dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup awak
Dengan adanya saya di sisi awak , saya yakin awak akan merasa sangat selesa
Kerana setiap saat masa yang saya ada , saya inginkan awak
Kerana awak , hidup saya jadi amat bermakna sekali
Kerana awak , hari-hari saya menjadi semakin indah
Kerana awak , mimpi-mimpi saya mungkin akan menjadi nyata
Kerana awak , saya bertekad untuk melakukan yang terbaik
Kerana awak , saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan saya
Kerana awaklah saya teruskan hidup meskipun awak bukan milik saya
Kerana awak jugalah , saya mengalirkan air mata yang bagi saya amat bermakna
Tidak pernah untuk saya mengalirkan air mata cinta dalam hidup saya
Awaklah insan yang mampu membuatkan air mata saya mengalir kerana cinta
Dan air mata itu tidak akan lagi mengalir untuk cinta
Awak yang tersayang
Saya bukanlah lelaki yang luar biasa yang mungkin tidak pernah melakukan silap tapi kerana saya lelaki yang biasa
Saya tidak pernah terlepas untuk melakukan kesilapan yang lazim dilakukan oleh manusia biasa kerana saya adalah manusia biasa
Setiap kenangan kita akan saya abadikan dalam memori kehidupan saya tidak kira sama ada awak menjadi milik saya dalam hayat ini atau tidak
Saya sering tertanya-tanya dalam diri saya kenapa awak lebih percayakan orang lain berbanding penjelasan saya ? ? ?
Pernahkah saya membelakangi awak dalam setiap keputusan yang saya buat ? ? ?
Kenapa awak tidak pernah untuk memberikan saya peluang untuk membela diri disaat awak bermain dengan persoalan-persoalan ? ? ?
Adakah awak masih sayangkan saya seperti saat kita bersama dulu ? ? ?
Adakah awak sudah lupakan saya yang pernah hadir dalam hidup awak ? ? ?
Adakah pelangi dalam hidup awak semakin pudar ? ? ?
Adakah matahari awak telah berlalu pergi ? ? ?
Awak...
Saya tetap menunggu awak walaupun sekadar dalam mimpi kerana saya masih sayangkan awak sama seperti saat kita bersama
Sememangnya saya rasa bersalah terhadap awak kerana saya gagal untuk mempertahankan cinta awak terhadap saya
Seolah-olah saya bagi awak seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awak
bagi awak saya hanyalah persinggahan semata-mata kerana badai yang pernah datang dalam hidup awak sebelum saya
Saya inginkan awak kembali untuk meneruskan perjalanan cinta kita yang pernah berhenti di perhentian harapan
Saya ingin awak pulang kepangkuan saya supaya saya dapat membuktikan bahawa saya diciptakan untuk awak
Dan awak diciptakan untuk saya
No comments:
Post a Comment