luahan hati :D





ya ALLAH .
teguhkanlah imanku hanya padaMu !
peliharalha rasa rinduku hanya pada kekasihMU .
dan janganlah kau cemarkan rasa kasih dan sayangku
yang hanya pada Mama , Abah dan adeQ2 .

teman setia =D

Wednesday 29 May 2013

setiap berlaku ada hikmah



okay .kali ni agaknya aku ni nak kongsi pasal apa ? tadi ingat nak call hanis . tapi dia sibuk sangat . takpe lahh . lagipunn esok dia ada paper . kann ? sebab tuhh taknak kacau dia . bitaufiq wanajah . 
hmmmm . setory harini . dari bangun tidur semua tak kena . bangun lewat sampai kene tinggal bas . terpaksa lah aku menumpang kenderaan 11 untuk ke hospital . *tuhh ayat budak sekolah rendah* . menapak menapak dan menapak . cuak tak cuak jugaklah nak lalu kawasan ni pagi subuh . jalan dah lah gelap . budak sekolah punn tak gerak lagi nak pergi sekolah . dengan nak lintas kawasan perkuburan . berzikir jelah sepanjang jalan . HAHAHAHA . torchlight kat fon punn aku try bukak . konon boleh terangkan jalan . tapiii haremmm . sikit je yang membantu . tuhh lah suhaina . dok sibuk nak bangun lambat . kann dah kene . pastu aku punn pergi lah kolej untuk sarapan . 
berkira-kira jugak aku nihh nak amik sarapan atau tak . sebab beratur panjang sangat . tapi bila dikenangkan perut kosong nak kerja kat wad . memang buat aku jadi lemah lahh . aku punn pergi lah beratur jugak . antara individu yang terakhir jugaklah . tapi aku buat muka selambe . korang tak tahu betapa aku kelam kabut . cepat cepat aku buang mangkuk kertas tuhh . isi dalam mangkuk kertas jugak . sebab aku tak habis makan lah . aku punn laju je jalan nak masuk ward . elok je kat depan wad . terserempak dengan matron . jenuh aku jampi jampi si matron supaya tak toleh kat aku . tiba tiba dia tengok jam . dalam hati aku memang dapat agak kalau aku bakal kene nihh . bantai matron tanya macam macam . nama aku punn dia taklupa nak ambil . punya lah taksedap hati . aku pun terpaksa curi curi call mama . aku tahu suara mama mampu tenangkan perasaan aku .mama cuma cakap .' insyaallah , takde apa apa yang berlaku . kalau matron tuh taktegas dengan aku , mesti aku akan ulang lagi kesilapan yang sama . ' 

selepas beberapa jam tuhh . sister kat wad pulak cari kesalahan aku . ye , memang salah aku . aku punn dah mengaku kann kalau semua tuhh salah aku . takperlulah sampai nak bagi surat kat kolej . choii . mesti banyak gila Explanation Letter aku . rekod buruk betul . dari sem 1 sampai lah sem3 . macam macam EL aku kene buat . aduhai . harap sangat perkara nihh hanya cukup sampai sini je . 

masa lunch, aku dapat msg makluman semua ahli kumpulan 1/2012 lulus dengan jayanya dalam semester nihh . dorang suruh aku turun untuk sama sama ambil result . tak berani lah aku . masa amik result tuhh , aku jumpa puan . masa tuhh nak jatuh dah airmata aku sebab aku rasa sem ni aku terlampau banyak masalah yang aku buat . aku gagal menjalankan tugas dengan baik . pencen sebagai ketua kumpulan . tapi puan bertegas akan naikkan nama aku sebagai ketua lagi . aku dah taklarat lahh . apa apa punn . aku bersyukur sebab dapat gembirakan mama dengan abah dengan result kali ni walaupun masih mencapai target . insyaallah , aku akan usahakan di semester akan datang . suara mama memanjatkan kesyukuran dan ucapan tahniah dari mama abah buat aku jadi hiba . biarpunn markah dalam mimpi dengan markah realiti kecundang 0.07 pointer . aku tetap bersyukur . terima kasih Ya Allah . 

selamat datang tahun 2 semester 2 . 
perjalanan lagi setahun setengah . 
akan ku tempuh dengan penuh tabah .
rakan rakan , jadi lah pendampingku untuk bersama sama kita mencapai kejayaan ini .

selamat malam buat semua . 
catatan malam dinihari pada tarikh 30mei2013



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...