luahan hati :D





ya ALLAH .
teguhkanlah imanku hanya padaMu !
peliharalha rasa rinduku hanya pada kekasihMU .
dan janganlah kau cemarkan rasa kasih dan sayangku
yang hanya pada Mama , Abah dan adeQ2 .

teman setia =D

Thursday, 31 March 2016

Harta ke 3

Bila cerita pasal harta ketiga mula lah org akan cakap " amboi, banyak nyaaaa harta. Sampai dah ada 3harta." pleaseee lah wehhh. harta sikit je. Tak bawak masuk kubur pun. Sekada suka suka je. Suka suka pemenda lh pulak kalau dah hampir > 50% gaji hanya untuk hutang. Itu mujur 50 percent.

50 % tu termasuk rumah plus kereta taw wehh. tapi untuk 10tahun je. Alhamdulillah diberi rezeki tambahan ni. Setidaknya tak susah dah lepas ni. Dah ada tempat berteduh kalau dihalau. Ada benda untuk di defend andai berlaku apa apa. Bahaya wehhh. Thanksss mama sebab realisasikan impian i. Mama memang the best cenggitu. Sayang mama abah. Anak awak sorg ni memang cerewet sikit. Macam macam lh si suhaina nihhh. Sabar je perangai macam ni. Why terkejar kejar sangat nak sangat beli rumah. Rumah lelong je wehhh. Slow slow lhhh. After 10 tahun dah freee dari segala hutang piutang






Assalamualaikum semua. Salam 1 malaysia. Salam sejahtera.

 Apa khabar readerrr? wats interesting today? Lets share with me :) Lets guess what i want to share for this time?

okay lahhh. Alhamdulillah syukur nikmat ALLAh beri kepada ku. Alhamdulillah dah selamat setahun as a staff nurse. Alot of experience. Experience dari pesakit. Experiance bekerja sendiri. Selalu je sebenarnya tanya mama, "mama, bosan lah keje deng
an mak mak orang. Doramg ni suka nak benda semua perfect kadang kita sendiri tak mampu nak perfect. Standard lah kan anak dara macam along ni kadang buat keje ada yang terlepas pandang. Masalah sangat kalau semua kerja along tak settlekan". Then mama reply, " Long, cuba senaraikan kerj aapa yang tak kerja dengan mak orang. Semua kerja memang akan ada mak orang. Terima jelahh.

Huaaaaaa. Nangis teruk sangat bae. Tapi hari ke hari adapt slow slow. Try amik hati dorang slow slow. ALhamdulillah sekrg ada sesetengah je lagi. Tapi masih berusaha. Try untuk tak buat itu kakak marah dengan aku. Try avoid doc  marah dengan aku. Siap susun ayat kotsebelum nak inform dorang case. Newayyyy, alhamdulillah sekali lagi sebab dah tolak setahun untuk tunggu hari bersara....




Tuesday, 4 August 2015

#BaraanRevo

Assalamualaikum kawan kawan. 

Raya tahun ni lain lah sikit rasanya sebb sue dh start keje. Dah start kene fikir keluar masuk duit. Kene fikir pasal saving. Kene fikir pasal semua semua lhhh. Dah macam ibu ibu dh sebab kene pecahkan kepala 😖😖

So tahun ni excited nak raya sebab kita sendiri boleh plan dh berapa hari nak raya, mama abah pun kene ikut jadual sue. Sue cuti sekejap, mama abah pun kene cuti sekejap. Heeheeee. Jangan jeles taw. 

So tahun ni nak baraan pun sebenarnya senang sikit sebb sue kene keje waktu pejabat. So hujung minggu free. So kalau dorg ajak pegi keluar je. Memang boleh on. Tapi kalau ajak keluar dlm masa 5 hari bekerja memang sue try avoid . Sebab taknak ganggu aktiviti keje kan. 

Kalini punya baraan tak sangat baraan sebb semuanya tak plan. Kira onthespot. So layankan je. 1st baraan join budak laki. Okay taknak post gambau sebb nampak sue sangat gemuk masa tu. Takmau dh pakai baju adik sebb baju tu nampak gemuk. Kahkahkah . *kenyataan yg sukar diterima 😖

Kali ke2 punya baraan gembira lh sikit. Sikit okayyyy. Sebb kami keluar dr daerah hulu selangor. Biasa baraan je mesti area hulu selangor. So kalini kembangkan sikit pemikiran tu. Kami pun berjalan lh keluar sikit. So share sikit ye gambar baraan kedua. 






Tuesday, 30 September 2014

Baby sufaniyaaaa.

Assalamaualaikum.

Apa cerita kalini agaknya? Jengjengjeng. Kahkahkah. Cerita pasal nani dah pregnant. Best gileeeeeerrr. Seronok sangat weii. Dalam group aku rasa aku lah paling lambat tahu. Sebab apa tah? Minggu pre exam midsem kot. Tu yang aku taklayan phone. Rupanya nani annoucement kat group yang dia pregnant. Siap send gambar upt dia wei. Eksaited habis wei. Siapa tak suka membe dapat baby. Yang empunya badan lagi lah bahagia kann? 

Dari hari ke hari aku nampak nani semakin hari semakin jelita. Hahaha. Suwitttttt tak? Suka sangat nani dengan pasangan. Sweeet sangat dorang. Ahhahahaha. Ya allah, berikan aku jodoh yang terbaik. Bukakan hatiku untuk menerima dia di waktu yang sepatutnya. 

Taksabar wei nak tunggu baby nani keluar. Nak tengok kecomelan dia macam parents dia yang comel gittew. Hahaha. Hope baby dalam kandungan nani sentiasa sihat walafiat. Lahir baik baik ye baby. Jangan susahkan mama papa awak ye. Sayang dorang baik baik. Jadi baby yang baik dalam perut mama awak ye. Ciksue janji insyaallah ciksue datang lawat awak lahir nanti. Ciksue akan cari juga masa nak tengok awak. Ciksue taksabar nak bergambar dengan awak. Nanti ciksue nak masukkan gambar awak banyak banyak dalam belog ciksue. Kahkahakh. Eksaited macam baby aku lah pulak. Klahhhh. Banyak pulak aku merepek meraban kat sini. Kbaiiiiiiii iollsss. 

Nantikan cerita pasal nani dan baby nyaaaaa. Akan datang. 2015

Pengalaman insert branula.

Assalamualaikum. Kita bertemu kembali ye blogggg sayangggg. Harini sue nak cerita pasal, pasal, pasal, pasal insert branula. Amik darahhh. Pengalaman gembiraaa. Tapi taktahu lah realiti sebenarnya. Sebab kami bekerja dengan ppw yang banyak. 

Dorang pun bagi skill nak insert branula. Alhamdulillah, sue dapat merasa banyak kali untuk hari ni. Banyak kali ke? Terasa sikit je sebenarnya. Hahah. Yang banyak buat ecg, amik darah. Yang amik darah tu pulak biasanya pia. Yang aku melangokk je. Macam tu ye eja. Aku pun tah tahu lah sebenarnya. 

Aku akan cuba tanamkan kesukaan aku bekerja kat ED. Memang suka pun. Keje kat ED ni simple, takcomplicated macam kat wad. So far, doc doc kat situ semuanya okay. Takde lah nak mengamuk sakan. 

Dan aku akan terus berdoa untuk keje kat ED. Tu hasrat aku. Terasa dekat kot dengan pesakit. Penat tu mungkin, tapii taklah penat sangat. Yang penting kita puas dengan keje kita kan? Kita enjoy. 

Monday, 29 September 2014

Hari pertama di kecemasan

Assalamualaikum. 

Apa yang menarik harini agaknya yang bakal sue cerita kat semua? Cuba teka. Hahaha. Kay, sue nak cerita yang harini hari 1st sue praktikal kat ED. Menarik atau tak tu bergantung kepada individu. Yang sue tahu, memang dari awal sue memang teringin sangat dapat posting kat ED. So, sue enjoy lah kat ED. 

Kalau nak diikutkan cerita, mana mana department pun banyak cabaran. Tapi terpulang pada pendirian individu. Ada yang suka nak keje kat wad, sebab lagi dekat dengan pesakit. Ada yang suka keje kat OT sebab dorang rasa OT takbanyak dokumentasi. Ada yang suka ICU, CCU sebab bagi dorang mencabar. Kerja pun semua kene pantas. 

Kenapa sue suka ED? Sebabnyaaaaaaaa. Kahkahkah. Sebab sue rasa dekat dengan pesakit. Mereka masih baru, mereka dalam keadaan sakit. Kematian lah yang paling dekat sebenarnya. Sebab percentage yang meninggal kat ED memang ramai kalau nak dibandingkan dari department lain. Cuba lah bayangkan, kalau memang individu tu nazak masa otw, destinasi seterusnya mungkin pesakit boleh gone kann? So, ia buat sue dekat dengan kematian. 

Kalau dekat ward, kita akan kerapkali jumpa pesakit yang sama. Kalau kita takkenal pesakit, pesakit kenal semua nurse kat ward tu. Antara dua. Jujurnya cakap, sue ni bukanlah seorang individu yang terlalu penyabar. Sue ni kadang kadang cepat melenting. Sue takut kalau kat ward, mula mula okay, lama lama pesakit asyik bersoal jawab seolah nak menyalahkan nurse, tu akan buat sue jadi hilang semangat nak membantu. Sue taknak perkara tu terjadi sebab sue niat nak membantu semua orang yang memerlukan. Mungkin nak tolong dari segi kewangan, sue takmampu. Tapi atas kerjaya sue, mungkin ini salah satu cara sue nak bantu orang lain. Jadi, sue taknak niat sue kadang kadang terpesong akibat sakit hati atau malas nak layan orang lain. Mana tidaknya, setiap orang mesti ada level kesabaran kannnnnn?

Satu perkara yang menyayat hati tadi, ada seorang ibu ni baru balik ambil anak dia kat sekolah. adik tu masih berpakaian sekolah. Tapi pakaian sukan lahh. Mereka accident. Biasa kita akan tengok, mak yang akan sedih bila tengok anak accident. Situasi kali ni lain sikit. Disebabkan mak tadi tu mungkin kepatahan tangan, so anak dia tengok mak dengan keadaan sayu. Sangat sayu,walhal adik kecil tu ada luka sikit kat atas kening dia. Sue anggar umur adik tu 7/8 tahun. Bila tengok adik tu, sue rasa jatuh rindu dekat mama. Rindu sangat. Rindu mama. Rindu abah. Rindu adik adik. Sue takde tempat pun kalau nak mengadu. Mesti sue mengadu dekat mama.

Puas sangat keje kat ED. Tambah pulak kita takkan sedar waktu berjalan dengan sangat laju. Tahu tahu dah pukul 1. Best sebab staff semua saling membantu. Kalau student takbuat, staff yang akan buat. Kalau staff sibuk, doktor sendiri akan bertindak untuk treatment kat pesakit. Pengalaman menarik untuk hari ini. Okay, esok sue sambung cerita lagi kayyyyyy. 

Byeeeee. Assalamualaikum. Muah muahhhh. 😘😘😘😘
Jangan menyesal taw baca cerita sue.

Monday, 24 February 2014

 
Assalamualaikum
Dikala malam menjelma. Disaat aku sukar melelapkan mata. Lalu aku terfikir sejenak. Apa yang aku mahukan dalam hidup yang penuh dugaan dan cabaran yang tak terhingga.
Allah seringkali menguji hambanya tanpa mengira rupa, harta, segala apa yang ada dalam diri setiap insan. Kadang aku terlintas adakah Allah juga akan menguji seorang insan yang sedang bercinta atas landasan yang salah juga turut di uji. Contohnya ujian cinta terlarang jarak jauh. Sedangkan cinta yang lahir tu belum di halalkan. Tapi bait bait cinta seringkali mengatakan semua itu ujian untuk sang kekasih dari yang maha Esa. Kadang aku sayu mengenangkan patah perkataan yang dituturkan oleh setiap khalifah muka bumi ini. Mungkin aku tiada hak untuk memberi pendapat dan pandangan aku jauh menyerong. Tapi ketahui lah, bila sang kekasih yang masih haram untuk bersama menpamerkan rasa sayang mereka terhadap pasangan. Luluh hati ini, mengapa terlalu mudah mengungkapkan? Sang remaja sekalian. Yakin pada Allah. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Setiap apa yang terbaik pasti dipermudahkan perjalanannya. Jangan gusar dengan setiap dugaan dunia. Yang pasti Allah menjanjikan yang abadi di sana.




Friday, 31 January 2014

wedding amnani sufaniya

 ni semua gambar nani kahwin.tapi aku tak berkesempatan untuk turut serta. sedih dan aku dah menangis sepuasnya sebab tak dapat nak join mereka. apa apa pun nani dan zul sama cantik sama padan. 
semoga kalian sentiasa bersama dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kalian. 
aku sentiasadoakan yang terbaik buat sahabat baik dunia akhirat. insyaallah. 
nanti bagi aku anak sedara yang cantik dan hensem hensem taw, biar sama cantik macam kawan kawan mama ayah dia. haha. ada kaitan pulak. kahkahkah, 
buat nani: aku yakin yang ko dah jumpa yang terbaik lepas macam macam dugaan yang menimpa diri kau, aku sentiasa ada as your shoulder if you need it. 
buat zul: jaga sayang nani baik baik ye. aku bahagia bila tengok dia tersenyum disamping kau
demikian lah telah bertukar status seorang ahli sufaniya yang paling aku saya menjadi seorang puan yang cantik manis ayu. kekalkan cantik awak untuk hubby awak ye sayang.
dan doakan aku sentiasa tabah dalam bidang yang aku tempuh dan sentiasa kuat. 
doakan juga aku dapat jodoh yang baik baik macam ko dapat zul taw. heheee

aku terima nikahnya

the beautiful and handsome bride+groom

girls of kkbians. love revorian

this beautiful SUFANIYA except me.

mabruk sahabat. yangapit mereka ni tunggu giliran pula.

moment akadnikah





tahun akhir 1/2012

hai hai assalamualaikum readers. 
saya dah senior tahun akhir :)
menyambut kehadiran junior baru dan mengharap dapat junior yang mampu memahami diri ini dan takkan buat hal yang mampu menyakiti hati ku yang nipis macam tisu sebenarnya. tapi akhirnya aku dapat roomate yang betul betul menguji jiwa raga batin segalanya lah. kadang sebab tak tahan sangat sampai aku bergelingan air mata sampai bengkak mata keesokan hari. sape yang nampak aku menangis masing masing salah anggap yang aku bergaduh dengan boyfie. terutama sang junior lah. dikkkkk,takkan lah kalau menangis bersungguh sungguh kebanyakkan sebab boyfie? ohhhh.itu hanya pengalaman lalu yang sangat mengingatkan aku yang airmata itu sangat berharga. jadi kalini aku tak nangis sebab boyfie. oke? dan saya takda boyfie. FULLSTOP. takpe lahhh. mama cakap bersabar dengan setiap dugaan yang datang. aku rasa lifeless gila bila duduk dalam bilik. so please imagine my situasion. 
walau bagaimanapun, hidup tetap mesti diteruskan kan? biar dalaman kesakitan tapi luaran orang lain lihat kita sentiasa bahagia hendakNYA. 


kami senior+junior

kami 1/2012. final year

ini adik belon mungkin. dia johorian. saya selangorian.




assalamualaikum. agaknya  apa yang aku nak coretkan kat sini. okay.cuma nak maklumkan yang saya sekarang berada di tahun 3. final year! syukur alhamdulillah. semoga setiap ilmu yang aku perolehi akan sentiasa terlekat dalam kotak fikiran aku.
sentiasa mampu berbakti kepada semua makluk allah terutama manusia kerana mereka lah yang paling hampir dengan kusetiap hari.




Wednesday, 11 December 2013

The mines bersama mereka







alhamdulillah. diberikan kesempatan unuk membuat sedikit coretan. Antara masa yang difikirkan bagus untuk membina coretan. Biarpun cerita untuk coretan kali in agak kelewatan, tapi ia adalah moments yang terindah buatku. Sang Penglipur Lara.

Seperti biasa, perancangan di saat saat getir baru menjadi. Bilamana sahabat Syuhada send a message invite me. Wahhh! Terharu bukan kepalang. Tapi bukan midnight tu aku buat keputusan, tapi keputusan dibuat selepas solat subuh. Lepas subuh baru call adah tanya pasal plan dia. jam hampir 7.30am baru contact eika. Nak follow dia dari Bs. 

Sesampai kami kat the mines tu, macam macam perasaan. bukan teruja sangat pun. tapi perasaan lapar tahap dewa dahh oii. Tap bila dah masuk mall, tak ingat makan. sebab asyik gelak ketawa lah kami lupa sebentar. Setiap detik bersama kalian takkan pernah ku lupa. 

Entri yang pendek. cukuplah buat hari ini., Hari lain memori lain kita coretkan ya. Izinkan diri ini mengundur diri. Assalamualaikum semua. 



Friday, 2 August 2013

ramadhan kareem dari suhaina




Embedded image permalink

assalamualaikum semua. rasanya belum terlambat sue nak ucap salam ramadhan kann? Salam ramadhan buat semua. hmmmm. 
takde lah apa sangat yang menarik bulan ramadhan kali ni. yang pastiii. sebulan sue tak balik kampung sebab puasa sebulan kat kolej. rind sangat kot nak puasa kat rumah. akhirnyaaaa, harini sue dapat balik rumah dan berpuasa dengan adik adik. hahaaaaa.

the best moment dalam bulan puasa kali niii, apa dia agaknyaaa? guesss. hahaaaaaaaa. 
pasti lahhh birthday girl. hahaaaaa. 
happy birthday to youu
happy birthday to youuu
happy birthday to suhainaaa
happy birthday to youu *nyanyi kat diri sendiri*

alhamdulillah. kawan kawan sue masih ingat akan hari lahir sue. yang kelakar si gaber. siap hantar msg kat num maxis dgn celcom. semangat giler kot nak wish kat aku. yang taktahan dia cakap, dia nak jugak wish malam birthday tuu jugak. okay. bangun tidur tengok berderet wish kat twitter, terima kasih kawan-kawan. lagi satu lagi cara mereka wish kat sue , mereka menumpang kat wish orang lain. izwan tumpang wish ili. thor tumpang wish nani. macam macam. faz wish paling awal. hahaaaa. dan hanis wish paling lambat. ingatkan dia lupa. rupanya dia sibuk sangat. takpee. yang penting dia taklupa. dah cukup gembira buat aku. biarpun waktu mesir dengan waktu malaysia lain, tapi dia berusaha utk wish sebelum waktu malaysia habis. 

3kali kot sue celebrate birthday. mula-mula masa hari jadi tuuu. secret resipi kotttt. 
celebrate kali kedua hari sabtu lepas tuu. aku ada perasan, kantoi kott dengan aku. kasihan mereka. hahaaa.
kali ketiga, ayu aka my exroomate kasi sebiji kek kat aku. huaaaa. aku rasa nak nangis masa ayu bagi kek tuu. aku dah lah tak seberapa sihat harituu. tetiba dapat kek dari ayu. terasa dihargai gittew.

okay. memori habis puasa tahun ni. masa 2minggu awal puasa, hampir tiap tiap hari makan ikan bakar. gilaaa lahhh. carcinogen tuu. terdedah kepada kanser weii. lepas tuu stop beli ikan bakar. bila rasa nak beli je baru beli. kalau tak membazir jeee. 

biasalahh. dengan sambutan khatam alquran kann? so menarik. sebab majlis tu petanda yang kami bakal balik kampung biarpun cuti hanya utk 10 harii. sue taktahu nak story morry apa lagi. ni je yang mampu sue coretkan.. kita jumpa di entr yang lain okay ? selamat menyambut hari raya aidilfitri semuaaa :) 
Embedded image permalink
ini kek dari ayu. so cute cantik kecik. hahaaa. dia beli kecik sebab kasi aku makan sorang je. sangat cantik sekaliii.

Embedded image permalink
ini kek dari mereka kat pangsapuriii. salah nama pulak.
Embedded image permalink
ini pulak post dari nani kat instagram. semua orang pk dia celebrate birthday aku kat luar. walhal kek tuu, google search je. hahaaa. btw, aku sangat terharu dengan wish nani tuu. thanks alot babe.
Embedded image permalink
kami suka suki riang hatiii. di majlis khatam alquran

Embedded image permalink
ni post dari suriyati . muka excited nak habis kelas petang sebelum balik  kampung cuti rayaa.

*selamat menyambut hari raya dari suhaina dan suami. 

Sunday, 16 June 2013

JUNE POST .

bismillah . apa khabar kaliannn ? bahagia ? syukurr . 
sue takde apa punnn yang nak storyy . cuma nak post gambar family day sekolah mama . 
bahagia mereka masa nihh . aku jugak sengsaraa . sebab aku tak dapat nak follow dorang masa nihhh . i.allah lain kali lah ye :) 

mereka bercuti ke pangkor island . sepanjang umur sue . sue tak pernah pergi pulau . ingat lagi , sebelum mama decide nak pergi , mama tanya kami adik beradik siapa je yang pernah pergi pulau . bila mama dapat tahu yang aku tak pernah pergi pulau . dia excitedd sangat nak bawak aku . aleh aleh , ada beberapa kesulitan yang tak mampu untuk dielakkan . terpaksa lah aku mengalah untukk tak pergi ulau ituuu . sedih tetap ada . setiap hari dorang kat sana mesti aku akan telepon, setidaknya aku takklah kesedihan sangat kann ? harii mama balik dari pangkor , aku pulak terpaksa bertolak ke jb . 

setelah selesai segala urusan , cepat cepat aku bersiap sedia untuk pulang ke rumahhhh . malam tuu pulak kenduri madihah dengan hadi mahmud . tahniah koranggg , semoga kekal sehingga ke akhir hayat . dapat anak yang comel + soleh + solehah taww . doakan aku mewarisi korangg . heeeee . okayy , post gambar sikitt .

achik . abah . adik . mama . angah .


family dayyyy :)))

homee sweet homee . JB - Melaka - Selangor

reunion ringan ringan . 

kami bersama pengantinnn . KKBians . spm10 stam11 .

we are roomate . 



A Day To Remember With SUFANIYA

a day to remember with amnanii and farhanah .
apa khabar kawan kawan ? dah lamaa sue tak storyyy right ? okay . kali ni sue memang habiskan masa nak berceloteh kat dalam belog yang tak santikk nihh . Maaf kalau kalian tak berminat nak baca . tanggal 15 jun 2013 . Kami SUFANIYA : suhaina . farhanah . amnani . alya . tapi alya tak follow lahh . hanya kami ber3 jeee . alya tengahh examm . goodluck membe ! hmmm . selepas setahun lebih kami tak bertemu . rasanya nani lagi lama aku tak jumpa . wehhh . rinduuu sangat . koddd . hampir dua tahun lebih tak jumpa nani yang cantikk cunn jelitawan tuhh . hhahaha . 

kami bersatu dari form 2 sehingga harini . syukur alhamdulillah . persahabatan kami masih diredhaiNYA . May Allah Bless Our Freindrelationship . kami masih seperti dulu . masih bergurau senda . masih perli memerlii . hahahah . memang perangai kami seperti itu . huaaaaaaaaa . arghhhhh ! . semua perasaan ada . 

pertemuan kami dirancang sebentar sahaja . fana tanya aku tengah ada kat rumah ke ? then aku jawab yang aku tengah cuti . tetiba fana ajak keluar . terus semua setuju . okay keesokannya kami keluar bersama menghala ke KLCC . kami ber3 masing masing takpernah pergi KLCC naik lrt , itu yang lucu . sampai kami salah naik train . 
Fana : muka sue confident tahap dewa . 
suhaina : muka harus confident . kita buat pandai je . train nih pusing mana punn tetap akan berhenti kat kl sentral . 
nani : terpaksa lahh aku follow je lahh .

nasib baik satu platform je kami tersalah . cepat cepat kami turun . akhirnya berjaya kami jejak KLCC . masa kat KLCC  nani dok sibuk nak tengok cerita hantu . yang ada cuma cerita dongeng thailand . walhal sesungguhnya aku sangat tak pernah pergi nonton cerita seram kat cinema . sebab apa ? sebab screen besaq sangat . nanti tak cukup muka aku nak tutup . hahahaha . masuk masuk panggung , semua oraang dok ketawa . apesall lah pulak nihh ? rupanya cerita dia lucu nak mampuihh . kiranya seram + romantik + lucu . semua ada . paing tak tahan gigi dorang , buruk gilaaa . jemputt lah kawan kawan tengok cerita tuhh . sangat mencuit hati . dalam takut , anda mampu ketawa sehingga menangis . hahah

lepas tengik movie , nak buat apa ? jam dah 1.30 . cepat epat lahh kami cari surau . punya lahh taktahu kat mana . sampai kami terpaksa tanya guard kat situ . nani pesan , kalau nak tanya surau  , kita kene cari guard melayu . ketawa berkeladak lah kami kat situ dengar statement si nani . nani masih suka buat lucu tibatiba . rindu naniiii . masa nak solat tuhh , subhanallah . cantik surau kat klcc tuhh . masih terjaga dengan baik sekali . 
okayy . masa untuk lunch lahh . nak masuk nando's . fana cakap dia takut nak masuk sebab kerusi kat nando's tuhh tinggi tinggi . hahahah . lucu gilerrr . last last kami decide makan kat pizza jee . hmm . lama gila kami pilih menu . sekali sekala kan makan . sebab tu kene pilih betul betul . tapi masalahnya pilih ikut nafsu . bukan ikut keperluan . si fana jee yang sangat limited . aku dengan nani memang duk sibuk pilih diet . yang pentingg piza jangan lupa . akhirnya , muka aku dengan nani je yang menghabiskan semua makanan tuuu . sungguh nikmat bila ingat balik . 
lepas dah kekenyangan kami punn lepak kat taman luar klcc tuh . fana yang nak sangat lepak kat situu . masa kat situ keluar llah hobi nani yang baru bagi aku . suka sangat tangka gambar . tak duduk diam nani . rasanya phone dia penuh dengan gambar semalam . sesuai dengan course yang dia amik kann ? architecture . seni dah sebati dalam diri dia . aku dengan fana lah jadi model dia semalam . kelakarrrrr . jam 4.30 kami punn bergegas balik . kat kl sentral kami berpisahh . sedih nak berpisah . tapii setiap pertemuan kann ada perpisahan . semoga perpisahan kami membawa seribu satu hikmah kepada kami . aku punn dok sibuk nak kejar ktm . sebab kalau bolehh memang taknak sampai rumah lewat sangat . 
takpeeelah . nanti kalau ada jodoh , kita ketemu lagi ye sahabat :) 
aku akan sentiasa rindukan kalian . rindu serindurindunya . ingati daku dalam doa kalian tawww . yang paling pentinggg , kahwin jangan lupa jemputt taw . nani + zul . fana + awan . semoga korang kekal sampai akhir hayat . doakan aku dapat jodoh cepat cepat tawww . 
semoga kita dapat jumpa lagiii . yang paling penting , alya punn dapat join sekali . 


Embedded image permalink
dongeng thailandddd . 
di saat kami menjamu seleraaa . triple paradise icecream sumpah sedap !

edit by amnanii . love both of u . 


 

Wednesday, 29 May 2013

setiap berlaku ada hikmah



okay .kali ni agaknya aku ni nak kongsi pasal apa ? tadi ingat nak call hanis . tapi dia sibuk sangat . takpe lahh . lagipunn esok dia ada paper . kann ? sebab tuhh taknak kacau dia . bitaufiq wanajah . 
hmmmm . setory harini . dari bangun tidur semua tak kena . bangun lewat sampai kene tinggal bas . terpaksa lah aku menumpang kenderaan 11 untuk ke hospital . *tuhh ayat budak sekolah rendah* . menapak menapak dan menapak . cuak tak cuak jugaklah nak lalu kawasan ni pagi subuh . jalan dah lah gelap . budak sekolah punn tak gerak lagi nak pergi sekolah . dengan nak lintas kawasan perkuburan . berzikir jelah sepanjang jalan . HAHAHAHA . torchlight kat fon punn aku try bukak . konon boleh terangkan jalan . tapiii haremmm . sikit je yang membantu . tuhh lah suhaina . dok sibuk nak bangun lambat . kann dah kene . pastu aku punn pergi lah kolej untuk sarapan . 
berkira-kira jugak aku nihh nak amik sarapan atau tak . sebab beratur panjang sangat . tapi bila dikenangkan perut kosong nak kerja kat wad . memang buat aku jadi lemah lahh . aku punn pergi lah beratur jugak . antara individu yang terakhir jugaklah . tapi aku buat muka selambe . korang tak tahu betapa aku kelam kabut . cepat cepat aku buang mangkuk kertas tuhh . isi dalam mangkuk kertas jugak . sebab aku tak habis makan lah . aku punn laju je jalan nak masuk ward . elok je kat depan wad . terserempak dengan matron . jenuh aku jampi jampi si matron supaya tak toleh kat aku . tiba tiba dia tengok jam . dalam hati aku memang dapat agak kalau aku bakal kene nihh . bantai matron tanya macam macam . nama aku punn dia taklupa nak ambil . punya lah taksedap hati . aku pun terpaksa curi curi call mama . aku tahu suara mama mampu tenangkan perasaan aku .mama cuma cakap .' insyaallah , takde apa apa yang berlaku . kalau matron tuh taktegas dengan aku , mesti aku akan ulang lagi kesilapan yang sama . ' 

selepas beberapa jam tuhh . sister kat wad pulak cari kesalahan aku . ye , memang salah aku . aku punn dah mengaku kann kalau semua tuhh salah aku . takperlulah sampai nak bagi surat kat kolej . choii . mesti banyak gila Explanation Letter aku . rekod buruk betul . dari sem 1 sampai lah sem3 . macam macam EL aku kene buat . aduhai . harap sangat perkara nihh hanya cukup sampai sini je . 

masa lunch, aku dapat msg makluman semua ahli kumpulan 1/2012 lulus dengan jayanya dalam semester nihh . dorang suruh aku turun untuk sama sama ambil result . tak berani lah aku . masa amik result tuhh , aku jumpa puan . masa tuhh nak jatuh dah airmata aku sebab aku rasa sem ni aku terlampau banyak masalah yang aku buat . aku gagal menjalankan tugas dengan baik . pencen sebagai ketua kumpulan . tapi puan bertegas akan naikkan nama aku sebagai ketua lagi . aku dah taklarat lahh . apa apa punn . aku bersyukur sebab dapat gembirakan mama dengan abah dengan result kali ni walaupun masih mencapai target . insyaallah , aku akan usahakan di semester akan datang . suara mama memanjatkan kesyukuran dan ucapan tahniah dari mama abah buat aku jadi hiba . biarpunn markah dalam mimpi dengan markah realiti kecundang 0.07 pointer . aku tetap bersyukur . terima kasih Ya Allah . 

selamat datang tahun 2 semester 2 . 
perjalanan lagi setahun setengah . 
akan ku tempuh dengan penuh tabah .
rakan rakan , jadi lah pendampingku untuk bersama sama kita mencapai kejayaan ini .

selamat malam buat semua . 
catatan malam dinihari pada tarikh 30mei2013



Monday, 27 May 2013

pagi di ward 3.1


cerita apa untuk hari ini ? okay . bangun tidurr . say ALHAMDULILLAH . then bukak lah packet data , mana lah tahu orang perantauan ada hantar msg masa aku dibuai mimpi indahh . aleh aleh ada someone hantar wassep then cakap yang dia naik shift petang . sungguhh menghilangkan mood yang sangat colourfull for a day . tapi sebab msg dia je buat aku takde semangat nak naik ward . what reason yang girl tuhh bagi ? cuma penat seharian keluar. kalau macamtuhh aku punn nak gak teruskan penjelajahan aku dalam dunia tidur lena aku . tapi fikir lah yang kita ada tanggungjawab . try be the best untuk jalankan tanggungjawab macam tuhh . aku punn kalau pun aku bangun lambat . menapak lah seorang diri ke hospital tuhh asalkan kita berusaha . okay . nevermind lah pasal girl nihhh . beralih kepada suasana ward . aku cakap lah dengan rakan sekerja aku , yang aku rasa bahawasanya JM tersebut sama shift dengan kami . tah berapa kilo garam yang aku makan tah sampai masin kata kata aku tadi . memang si JM tuhh sama shift dengan aku , yang lucu pasal si JM nihh . dia sentiasa nak memerhati kami . kat mana kami berada , apa yang kami buat . dia fikir kami apa ? mata dia sangat penting . choiiiii . kacau moood jelah . sebab dia jugak lah kami disenda mencari potongan potongan hadith dan dalil ke muka pengadilan . sabar jelahhh . pengalaman hitam gituuuu .

bila muncul waktu doktor round lagi lahh takleh blaaa . ada ke patutnya cerita lah pasal patient . ni takkk . sibuk nak cerita pasal malaysia kalah badminton dengan negara lain lah . pasal otak haiwan lah . cerita pasal ikan paus lahh . pelik pelik je surgeon tuhh . asyik buat aku nak ketawa je sepanjang dia buat round dari katil 1st sampai katil last . habis hampir semua patients discaj . cayalahhhh . kalau aku ada kuasa veto macam dia , memang setiap patient tuuhh akan admit paling lama punn dua hari . baru lahh orang awam tak takut dengan hospital . nampak tak mainan emosi untuk orag dewasa . hahahaha . bila cepron dr mas buat dressing . sempat pulak aku tengok bulu mata si albert tuhh . puas aku bayang kann bulu mata tuhh serupa dengan haiwan apa . akhirnya aku berjaya ! macam gajahhh . sebab apa aku cakap macam tuhh ? sebab bulu mata dia macam jatuhh ke bawah . biarpunn muka dia macam kpop . tapi tak tertarik punn kat dia . poyo jeeee . teringat pulak kisah kami duduk dalam bilik doc . pastu si albert nihh cakap , itu bunyi sembahyang kann ? *sebab dia dengar azan  . aku punn mengIYAkan apa yang dia cakap . pastuhhh sibuk lah dia tanya tanya bila nak pergi sembahyang . kacau lah doktor nihhh ! geram gilaaa ! tapi aku buat takfaham jee bila dia tanya soalan tuhh . sebenarnya niat dia nak suruh aku keluar dann dia nak tidur kat dalam bilik tuhh . disebabkan shift aku lambat lagi . aku punn pergi solat zohor jam 1.30pm . gelak je aku bila kelat je muka dia sebab aku tekad untuk duduk dalam bilik tuhh . padan muka . maaf ye albert . HAHAHA . lepas nihh tak masuk dah ward tuhhh . only this time . this sem . and once . serioussssly macam macam kenangan kat dalam ward tuhh . dengan kakitangan ward lagi . 

alhamdulillah , tugasan aku tahun ni semakin hampir kepenghujungnya . minggu ni minggu last untuk segalanya . kawan kawan , beri orang lain pulak ye conduct group yeee . saya bukanlah seorang pemimpin yang berdedikasi . tapi segalanya memberi pengajaran yang bermakna walaupunn hanya jadi ketua kumpulan kecil untuk satu tahunn . semester # semakin ke penghujungnya . IN SYA ALLAH , tanggal 29 mei result bakal keluar . diiharap doa mengiringiku meniti kejayaan bersama rakan rakan . semester 4 sedang membukai pintu masuk buat kami :) assalamualaikum . 

dia tak serupa



apa khabar semua ? ehh ? aku ni mana lah nak ada followers sangat . 
create entri dah lah pemalassss ! memang takde blog walker kat sini lah kann ? syiok sendirilah kalian . semalam seharian berjalan sakan dengan my girlprenggg . whoo? of course lah basyirahh . peneman pendamping aku . sepanjang aku bertapa di kolej kejururawatan melaka niihhh . 
niat window shopping lahh . dari Melaka sentral-MP-DP-MP-melaka sentral-pangsapuri peringgit lahh perhentian terakhir .patutnya aku ada lagi sahabat yang akan teman pergi MP . sahabat ke ? yelahhh . kawan . only kawan . jangan nak cakap lebihh . kang kene hambur macam si basyirah kene sebab dok sakat aku dengan budak itu . aku cakap bahasa melayu takfaham memang kene lahhhhh .
nasib menyebelahi aku sebab itu budak tak jadi follow kami shopping mopping kat MP . HAHAHA . whyyy dia tak ikut ? dia cakap dia malu sebab ada kawan kawan kawan aku . so dia malu plusss segan melampau tahap ketinggian KLCC maybee . si basyirah sibuk nak bagi green light kat aku . last last aku cakap "kalau dia jadi ikut . kau kene ada dengan aku . sebab dia bukan ajnabi aku punn" arggghhhh ! takpandai lah aku handle bab nihh . lagipun aku takselesa nak shopping mopping ada jantina lain . tak biasa lah sebenarnya . walaupunn mama tahu kejadian  nihh . one more thing yang aku tak berkenan sebab that guy tak gentle lahh . ajak aku keluar then cakap belanja aku sorang . so how basyirahh ? biar dia terkapai kapai ke ? OHHH NOOOO ! she is my bestiee okay ! so treat her also . selepas beberapa hari diberi ruang untuk aku mencari dalih mengelak dari keluar dengan that guy, so aku punn buat lahh ayat yang aku bawak kawan kawan kawan aku . lagi lah buat dia lagi taknak keluar dengan aku kann ? ALHAMDULILLAH . usaha itu membuahkan hasil , akhirnya . dapatlah aku speeeen time dengan basyirah mengelilingi mahkota parade ituuu . kami berjalan sakan sampai tak ingat melaka mungkin . *ingat dunia lagi lahh sebenarnya . 

tadi aku punn cerita lah kisah kat kawan kawan kawan . dorang suruh tunjuk gambar that guy . aku punn b ukak lahh profile twitter dia . terus dorang cakap muka dia iras muka aku . WHATTTT ? NONSENSE ! dah mereka mula membingitkan telingga aku dengan gossip hangat yang langsung tak bermakna itu . memang nak hene hempuk jugak . walau bagaimana punnnn . dia tetap tak serupa dengan aku . NOKTAH . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...